سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ: عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ

وَمِدَاد كَلِمَاتِهِ َ


“Maha Suci Allah, aku memujiNya sebanyak makhlukNya, sejauh kerelaanNya, seberat timbangan arasyNya dan sebanyak tinta KalimatNya.”


Wednesday, June 16, 2010

SOLAT TAUBAT



ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :

1. Ikhlas ingin bertaubat

2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi

3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan

4. Mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya

5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu mesti dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, wajib dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, dia mesti menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka dia hendaklah memohon keredhaannya…

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran…

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati bererti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya…

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera…

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),

Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

Ertinya: Aku memohon ampun kepadaMu Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Mu ya Allah.

· dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Aku adalah hamba-Mu. Aku berusaha seberapa daya untuk setia memegang janji Mu. Aku berlindung kepada-Mu ya Allah dari kejahatan dan ketelanjuran yang telah ku lakukan. Aku mengakui sekian banyak nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosa-dosaku. Maka ampunilah aku ya Allah. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

· Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.



Thursday, June 3, 2010

SOLAT TAHAJUD

Susunan Hashim Ahmad

SATU cara paling ideal bagi seorang Muslim untuk berhubungan dengan Allah ialah mengerjakan ibadat pada waktu tengah malam, ketika suasana sunyi sepi dengan kebanyakan makhluk nyenyak tidur dan penuh kesejukan.

Pada waktu itu seorang Muslim boleh beristighfar, memuji, mensuci dan membesarkan Allah, malah mengerjakan solat sunat tahajud serta solat taubat.

Bagaimanapun, bukan satu perkara mudah untuk bangun dari tidur sedang orang lain lena dibuai mimpi. Bukan mudah untuk berwuduk dalam kedinginan malam yang mencengkam tulang dan bukan sesuatu yang mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata terkebil-kebil.

Justeru, tidak ramai yang boleh bangun bertahajud, walaupun mengetahui banyak kelebihannya kecuali mereka yang benar-benar tertarik dengan keindahan Allah, berbanding keindahan mimpi di dalam tidurnya.

"Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk solat) semoga Tuhan-Mu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji." (al-Isra: 79)

Solat tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan mereka dengan Allah.

Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.

Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya." (Hadis riwayat Abu Daud)

Amalan solat tahajud bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: "Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-

Jauh daripada segala penyakit

Lahir kesan takwa pada wajahnya

Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia

Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)

Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)



Sementar
a empat perkara di akhirat ialah:-

Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri

Dipermudahkan hisab

Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat

Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan."



Tuesday, June 1, 2010

MENANGANI KEMARAHAN


Mengelakkan Kemarahan

1. Hiasi diri dengan sifat pemaaf...

Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 134 bermaksud: ...

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.

Rasulullah SAW, berdoa, “Ya Allah Ya Tuhanku, berilah hidayah kepada kaum ku. Sesungguhnya mereka tidak memahami”.

Kesabaran dan sifat pemaaf itulah menjadi sumber ketenangan para rasul dan para nabi dalam menghadapi pelbagai ujian dalam usaha dakwah mereka.

2. Mengelakkan diri dari faktor-faktor yang boleh menimbulkan kemarahan...

3. Berdoa...

Doa itu merupakan senjata bagi orang yang beriman. Antara doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ialah:

“Ya Allah berikanlah kekuatan jiwa padaku, sucikanlah jiwaku, Engkaulah yang paling elok yang menyucikannya, Engkaulah walinya dan Engkaulah tuannya.”

“Ya Allah Ya Tuhanku, Yanga Maha Mengetahui perkara yang ghaib dan nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan segala sesuatu dan Pemiliknya. Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku Memohon dengan Engkau daripada keburukan diriku dan daripada keburukan syaitan serta sekutunya.” Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Abu Bakr al-Siddiq r.a.


Redakan Kemarahan

Kaedah yang boleh digunakan untuk meredakan kemarahan ialah:

1. Mengambil wuduk

Sabda Rasulullah SAW bermaksaud: Sesungguhnya kemarahan itu datang daripada syaitan. Sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api. Hanya terpadam api itu dengan air. Maka jika kamu merasa marah maka hendaklah kamu berwuduk.

2. Mengubah ke posisi yang lebih rendah

Sabda Rasulullah SAW: “Jika kamu merasa marah sedangkan kamu sedang berdiri hendaklah kamu duduk, jika kemarahan itu hilang (maka tidak mengapa), jika tidak (juga reda kemarahan itu) maka hendaklah kamu berbaring.”

3. Mendiamkan diri

Sabda Rasulullah SAW : Jika kamu merasa marah, maka diam (tidak berkata-kata). Mendiamkan diri adalah penawar yang mujarab kepada kemarahan. Ia akan memberi ruang untuk kita berfikir sejenak dan membuat pertimbangan berdasarkan akal bukan emosi.

4. Mengucap Isti’azah (A’uzubillah)

Diriwayatkan dalam sahih Bukhari bahawa pada suatu ketika dua lelaki bertengkar di sisi Rasulullah SAW. Salah seorang yang merah mukanya mencela seorang lagi dengan penuh kemarahan. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya aku akan mengajar kamu satu kalimah yang jika dibacakannya akan hilang kemarahannya, iaitulah bacaan “A’uzu billahi minasy syaitanir rajim”.

Ucapan isti’azah ini hendaklah dilakukan dengan penuh rasa kebergantungan kepada Allah dan memohon bantuanNya daripada syaitan dan kuncu-kuncunya. Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 200 bermaksud: Jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.





Tuesday, May 25, 2010

DOA PENERANG HATI


Terjemahannya: " Wahai Tuhanku! lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku tugasku dan lepaskanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku."

Surah Thaha: 25-28


Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU


Jika dilihat PULAU itu indah, indah lagi sebuah PERTEMUAN,

Jika dihitung dalamnya LAUTAN, dalam lagi sebuah PENGORBANAN,

Jika dipandang LANGIT itu tinggi, tinggi lagi sebuah KEJUJURAN,

Jika dikata EMBUN itu suci, suci lagi sebuah KEIKHLASAN,

Jila dipandang MUTIARA itu berharga, berharga lagi JASAMU GURU,


Sebutir PASIR kau gilap jadikan BERLIAN,

Seketul BATU kau tarah jadikan INTAN,

Sekelas MURID kau didik jadikan INSAN,

SeIKHLAS janji tetap dikurniakan,

“Kerana Mu ya ALLAH Kami berkorban...

Saturday, May 15, 2010

PETUA MEMBERSIHKAN HATI

Oleh Dato’ Dr Hj Mohamad Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak membersihkan hati.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.

5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.

17. Pesan pada orang, jadi baik.

18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.



Tuesday, May 4, 2010

JANIN SUJUD KETIKA DIPERDENGARKAN AYAT SUCI AL QURAN

Dalam video ini seorang ibu hamil dibacakan ayat-ayat Al-Quran dan selama proses pembacaan tersebut dipantau melalui alat USG kehamilan. Dapat dilihat perbezaan posisi bayi sebelum dan sesudah dibacakan ayat-ayat Al-Quran...

Sebelum dibacakan ayat suci Al-Quran, bayi nampak aktif dalam pergerakannya (normal memang macam ni). Kemudian dibacakan pula ayat suci Al-Quran…

Subhanallah! Hasilnya ketika dibacakan surat Al-Fatihah dan Al-Baqarah janin bayi tampak diam dlm keadaan sujud… seakan-akan mengenali suara-suara yang sedang dibacakan…

Kullu mauludin Yuuladu ‘alal fithrah… Jadi seorang ibu yang sedang mengandung perbanyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Semoga kelak lahir anak-anak yang soleh dan solehah. Amiin…

Monday, May 3, 2010

TANDA-TANDA KIAMAT



Rasulullah S.A.W telah bersabda,
“ Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi dan merata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq

Sabda Rasulullah S.A.W,
“Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat.”

Berkata Ali bin Abi Talib,
“Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja,
Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah.
Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga.
Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”

Thursday, April 29, 2010

MIMPI RASULULLAH

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
Sesunguhnya aku telah mengalami mimpi yang MENAKJUBKAN pada malam kelmarin...

· Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi malaikatul maut untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang disebabkan KETAATAN KEPADA KEDUA IBU BAPANYA...


· Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA...


· Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA kepada Allah...


· Aku melihat bagaimana umatku diseret oleh malaikatul azab, tetapi SOLATNYA telah melepaskannya dari seksaan itu...


· Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA memberi minum hingga ia merasa puas...


· Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUBNYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku...


· Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita, di hadapannya gelap, di belakangnya gelap, di bawahnya gelap sedangkan dia sendiri dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang...

· Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SILATURRAHIMNYA lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya...


· Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA lalu menabiri muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut...


· Aku melihat umatku sedang diseret oleh malaikatul zabaniah ke merata tempat, maka datanglah pahala AMAR MA'RUF NAHI MUNGKARNYA seraya menyelamatkan dia dari cengkaman tersebut dan diserahkan kepada malaikat rahmat...


· Aku melihat juga umatku sedang merangkak-rangkak, di antaranya dengan Tuhan dipasangkan hijab, maka menjelmalah BUDI DAN AKHLAKNYA memimpinnya sehingga terbuka hijab tersebut dan masuklah dia bertemu dengan Tuhannya...


· Aku melihat umatku didatangi buku catatan daripada sebelah kiri, tiba-tiba datanglah pahala TAKUTNYA KEPADA ALLAH lalu menukarnya ke sebelah tangan kanan...


· Aku melihat seorang umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah ANAK-ANAKNYA YANG MATI KECIL lalu menekan timbangan hingga menjadi berat...


· Aku melihat umatku sedang berada di tepi neraka jahannam, tiba-tiba muncullah PERASAAN GERUNNYA TERHADAP SEKSAAN ALLAH lalu membawa dia jauh dari tempat itu...
· Aku melihat umatku terjerumus ke lembah neraka, lalu datanglah AIR MATANYA YANG PERNAH MENGALIR KERANA TAKUT KEPADA ALLAH, menyelamatkannya...


· Aku juga melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan tubuhnya terketar-ketar seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka datanglah pahala BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH lalu mententeramkannya melalui titian tersebut sehingga ke penghujungnya...


· Aku melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan merangkak dan meniarap lalu datanglah SOLATNYA merayu kepadaku dan akupun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri serta berjalan hingga ke hujungnya...


· Aku melihat umatku sudah hampir tiba di pintu syurga tetapi tiba-tiba pintu syurga tertutup, di waktu itu mucullah PENYAKSIANNYA BAHAWA TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH membukakan kembali pintu itu dan dia pun memasukinya...


· Aku melihat ramai orang sedang meggunting lidah mereka, aku bertanya kepada Jibril siapa mereka? Jawab Jibril, itulah orang-orang yang suka membawa mulut kesana sini. Aku juga melihat orang yang digantung lidah mereka. Aku bertanya kepada Jibril siapa pula mereka? Jawab Jibril itulah pembalasan orang yang suka menabur fitnah kepada orang-orang yang beriman tanpa bukti...


Ya Allah…

Kirimkan kami seberkas NurMu...

Balutlah kami dengan selimut taufik dan hidayahMU...

Belailah kami dengan kasih sayangMU...

Peluklah kami erat agar kami tak mampu terlepas dariMU…



Thursday, April 15, 2010

BILA AL QURAAN BERBICARA

BILA AL-QURAN BERBICARA


Waktu engkau masih kanak-kanak...

kau laksana kawan sejatiku...

Dengan wuduk Aku kau sentuh dalam keadaan suci...

Aku kau pegang...

Aku kau junjung dan kau pelajari...

Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari...

Setelah selesai engkau menciumku mesra...

Sekarang engkau telah dewasa...

Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...

Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?

Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu...

Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji...

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan...

Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu...

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa...

Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan...

Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian...

Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan...

Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman...

Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau...

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu...

Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia

Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla...

Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah)...

Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi...

Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu...

Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu...

Mengasyikkan...

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja...

Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu...

Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku...

E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan...

Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu...

Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku...

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV...

Menonton siaran telivisyen...

Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk...

Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah...

Waktupun cepat berlalu...

Aku semakin kusam dalam laci-laci mu...

Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama...

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali...

Itupun hanya beberapa lembar dariku...

Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu...

Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku...

Atau waktu kematian saudara atau taulan mu...

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba...

Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya...

Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu...?

Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu...

Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t...

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...

Setiap saat berlalu...

Dan akhirnya.....

kubur yang setia menunggu mu...

Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu...

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...

Di kuburmu nanti...

Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan...

Yang akan membantu engkau membela diri...

Dalam perjalanan ke alam akhirat...

Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu...

Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu...

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari...

Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci...

Yang berasal dari Allah Azzawajalla...

Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah...

Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu...

Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu...

Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu...

Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu...

Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....

Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat...

Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil...

Di surau kecil kampungmu yang damai...

Jangan aku engkau biarkan aku sendiri...

Dalam bisu dan sepi...


Terima kasih kepada penulis asal bait-bait puisi ini untuk muhasabah diri...