سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ: عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ

وَمِدَاد كَلِمَاتِهِ َ


“Maha Suci Allah, aku memujiNya sebanyak makhlukNya, sejauh kerelaanNya, seberat timbangan arasyNya dan sebanyak tinta KalimatNya.”


Saturday, February 20, 2010

DOA ITU IBADAT
















Doa tidak termakbul disimpan untuk akhirat


DOA itu adalah ibadat. Kita dianggap melakukan ibadat bila berdoa kepada Allah. Sama ada sesuatu doa dimakbul atau tidak, pahalanya sentiasa ada di sisi Allah. Justeru, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Doa adalah ibadat." Setiap doa dimakbulkan dalam 3 keadaan iaitu:

Doa yang dimakbulkan segera di dunia.
Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap orang yang berdoa. Ramai orang yang memperoleh kurniaan hasil kesungguhan mereka berdoa. Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan hikmah yang hanya Allah Maha Mengetahui. Tidak mustahil Allah menerima doa seseorang yang sama sekali dianggap mustahil oleh manusia.

Doa yang tidak dimakbulkan di dunia,
tetapi disimpan untuk balasan kebaikan di akhirat di atas hikmah yang hanya dikehendaki dan siketahui oleh Allah. Jika ia berlaku, hendaklah difahami bahawa ia adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk hamba-Nya. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan kebaikan dunia yang hanya sementara.

Allah tidak memakbulkan sesuatu doa secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang dipohon. Akal manusia tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu ketentuan Allah. Doa diganti dengan keselamatan diri daripada keburukan yang akan menimpa. Manusia terselamat daripada berapa banyak keburukan bukan kerana kehebatannya atau kebijaksanaannya tetapi kerana rahmat Allah yang berpunca daripada pelbagai doa kepada Allah.

Sesungguhnya, setiap Muslim wajar berdoa kepadaNya dan jangan berputus asa untuk mendapatkan rahmatNya, selagi ia untuk kebaikan diri kita dan sesama insan serta meminta perlindungan daripadaNya.

Dalam hadis Rasulullah bersabda : "Tidak seorang pun pendoa, melainkan ia berada di antara salah satu dari tiga kelompok ini: Kadangkala ia dipercepat sesuai dengan permintaannya, atau ditunda (pengabulannya) demi pahalanya, atau ia dihindarkan daripada keburukan yang menimpanya." - hadis riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim...


TIKA ALLAH CEPAT MEMAKBULKAN DOAMU, MAKA DIA MENYAYANGIMU, BILA DIA LAMBAT MEMAKBULKANYA, MAKA DIA INGIN MENGUJIMU, BILA DIA TIDAK MEMAKBULKAN DOAMU, MAKA DIA MERANCANG SESUATU LEBIH BAIK BUATMU" KERANA KASIH SAYANG ALLAH ITU MENDAHULUI KEMURKAANNYA.....


“Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, akan diberi kefahaman di dalam agama” (Hadis riwayat Ahmad di dalam Kitab Min Musnad Bani Hashim)


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan
taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."




No comments:

Post a Comment