سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ: عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ

وَمِدَاد كَلِمَاتِهِ َ


“Maha Suci Allah, aku memujiNya sebanyak makhlukNya, sejauh kerelaanNya, seberat timbangan arasyNya dan sebanyak tinta KalimatNya.”


Thursday, April 15, 2010

AYAT KURSI

Ayatul Kursi, yakni ayat 255 di dalam surah al-Baqarah sememangnya antara ayat yang dianjurkan dibaca bagi mengelak gangguan syaitan. Terdapat beberapa hadis di dalam hal ini daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.

Akan tetapi perlu ditegaskan bahawa kekuasaan Ayatul Kursi tidaklah terletak pada sebutan huruf-hurufnya tetapi adalah berpegang kepada kandungannya. Ayatul Kursi ialah ayat yang menerangkan kekuasaan Allah, keesaan dan segala keluasan sifat-sifat-Nya. Apabila seseorang itu mengakui sepenuhnya dan tunduk kepada Kekuasaan, Keesaan dan segala keluasan sifat-sifat Allah di dalam Ayatul Kursi tersebut, barulah ia bermanfaat untuk mengelak gangguan syaitan.

Dalam ertikata lain, syaitan bukan takut kepada huruf-huruf Ayatul Kursi tetapi pada makna Ayatul Kursi yang menjadi pegangan orang yang membacanya.

Jangan pula meletak AYATUL KURSI sebagai penyebab kiranya berlaku kebaikan selepas membaca nya, hendaklah kita sandarkan kekuasaan Allah dalam apa jua kebaikan dan keburukan yg terjadi kepada kita.

Yakin lah kepada Allah sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Maha Pengampun kerana alam ni terjadi dan terbentuk atas Kekuasan Nya. Mohon lah keredaan dan rahmat dari Nya…

Untuk amalan kita semua, fadhilat ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis.

  • Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya."
  • Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kalipada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
  • Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad."
  • Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutansyaitan."
  • Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah."
  • Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya."

Rasullullah s.a.w.bersabda bermaksud : "Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar."



No comments:

Post a Comment