سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ: عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ

وَمِدَاد كَلِمَاتِهِ َ


“Maha Suci Allah, aku memujiNya sebanyak makhlukNya, sejauh kerelaanNya, seberat timbangan arasyNya dan sebanyak tinta KalimatNya.”


Sunday, April 11, 2010

DOA KETIKA DUKACITA DAN SEDIH


Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.


"Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku"
. (Al-Baqarah, ayat 152).


Ya Allah Ya Tuhan...

Kasih sayang Mu mendahului kemurkaan...

Kami tahu kami hanya mencari Mu disaat susah, derita dan keluh kesah...

Disaat senang dan sibuk dengan dunia kami melupakan Mu...

Kami lupa bahawa hidup ini hanya untuk Mu...

Kami leka bahawa dunia ini hanya sementara tempat mencari bekal sebanyak-banyaknya...

Ampuni kami ya Rahman...

Moga tenang hati kami...

Moga damai jiwa kami...

Terima taubat kami sebagai taubat nasuha...

Agar bercahaya wajah kami dengan Nuur Mu bila bertemu dengan Mu nanti...



No comments:

Post a Comment